Soal diri anda sebelum : BERTUNANG

Assalamualaikum,ramai yangs edang merancang untuk membawa hubungan ke arah yang lebih tinggi.
Salah satu adat melayu,malaysia,islam,Bertunang. - berkenal kenalan

namun bertunang seperti yang kita tahu, bukanlah tiket untuk ehem ehem ahak ahak bla bla bla dan sebagainya (lu fikirla sendiri)

tapi bertunang juga adalah satu langkah yang menunjukkan anda serius dalam suatu hubungan tersebut dan pasti bahawa anda mampu memikul suatu tanggungjawab yang baru dan berat.

Soal diri anda sebelum mengambil langkah untuk bertunang :


  1. Adakah anda yakin si dia pilihan hati anda untuk bersama selamanya?
  2. Adakah anda boleh menyesuaikan diri dengan keluarga,sahabat handai dan gaya hidupnya?
  3. Adakah anda pasti dia mampu untuk tanggung kehidupan anda dan keluarga kelak?
  4. Adakah kedua-dua keluaga setuju dengan keputusan anda berdua?
  5. Adakah anda sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab selebas berkahwin nanti?
  6. Adakah dia berwawasan hidup untuk membimbing anda dan keluarga?
  7. Adakah anda nampak bahawa dia bersungguh sungguh untuk hidup bersama anda?
  8. Adakah anda dan dia mampu untuk berkomunikasi secara matang dan mampu untuk menyelesaikan masalah bersama?
  9. Adakah anda cukup matang untuk membuat keputusan bersama?
  10. Adakah anda mampu untuk mendidik anak anak bersama?
  11. Adakah anda mampu untuk berkongsi segala-galanya?
  12. Adakah anda benar setia?
  13. Adakah anda sanggup untuk menempuh segala dengan si dia pilihan anda?
  14. Adakah anda sudah cukup mempunyai wang untk biayai bersama?
  15. ADAKAH ANDA YAKIN SI DIA ADALAH JODOH KETENTUANNYA?
Mungkin anda rasa soalan soalan inu lebihdekat dengan soal perkahwinan. namun, bukankan bertunang adalah satu langkah untuk mendekati alam perkahwinan.

Tepuk dada tanya diri sendiri adakah anda rasa anda mampu semuanya?

Love
Emmy Natila

1 comment:

copyright by Emmy Natiella Ahmad.